Sayyidina Ali R.A:

" Manusia sebenarnya sedang nyenyak tidur, sehinggalah mati barulah ia terjaga dan sedar bahawa banyak kewajipan telah terabai."

Selasa, 29 September 2009

Cukup2 lah wahai Sang Melayu!

Setelah terbiasa sejak sekian lama menempuh hari2 lebaran baik eid mubarak juga aidil adhanya menerusi paparan di media dan massa sekitaran, sedikit keraguan mula timbul di fikiran.


Kenapa hari raya kita sentiasa berwajah MELAYU? Apalah malang saudara2 kita yang tidak bertaraf bumiputera dikesampingkan wajah kegembiraan mereka hingga seakan dipaksa untuk dimelayukan dengan penampilan segala kostum bangsa MELAYU ini!

Aku juga Melayu. Tapi propaganda ini telah menjadikan MELAYU semakin lupa bahawa segalanya hampir terpinjam dari tamadun dan budaya sekitar. Mungkin amarahnya warga Indonesia berikutan hal pencurian tarian pendet mereka oleh warga melayu ini ada asasnya.

Sudahlah diciplak, cuba pula untuk MeMelayukan bangsa lain.Mungkin inilah sikap Melayu. Masih dengan retorik segala tawarikh dan wira2 kepahlawanan purba!

Seperti yang selalu disebut dan didengari; Jika tidaknya sampainya akidah ISLAMIAH di daerah ini, pastilah kita masih menyembah busut, tunggul dan batu. Sang Asal yang masih berkaum di belantara itulah petunjuknya.



Sedihnya bila melayu telah mendayukan takbir di pagi lebaran!

Rabu, 23 September 2009


Salam syawal 1430h.
taqabbal allahu minna wa minkum.
..dan seusainya tarbiah ramadhan, kini medan perjuangan terbentang di hadapan!

Selasa, 25 Ogos 2009

10 Sifat Peribadi Yang Mesti Dipupuk

Oleh : hazlan hj. mohammad

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita. Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali. Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian. Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

Tulus
Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta. Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.
Rendah diri
Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk. Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi. Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita. Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?SetiaKesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.
Berfikiran positif
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.
Berperwatakan ceria
Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.
Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh. Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.
Percaya kepada diri sendiri
Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.
Pemaaf
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.
Mudah berkira
Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar. Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.
Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain. Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.
Bukan mudah untuk mengadaptasikan sifat2 ini dalam diri, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

Sabtu, 22 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN 1430H

Ramadhanpun datang lagi. Rutin tahunan yang sama. Sekolah tarbiyyah jiwa dan iman ini mendatangi dan kitapun memasukinya secara syukur gembira, resah kecewa atau sinis terbuka - terpulang pada tangga iman terakhir yang kita duduki. Kerana Ramadhan ini adalah masa yang mahu tidak mahu ia akan memintas kita.

Khaliq sentiasa memberi masa untuk kita biarpun mengeluh tak cukup masa. Masa untuk kita kembali merenung diri sejauh mana kedudukan kita dari garisan fitrah. Sekolah Ramadhan ini adalah ruang dan peluang untuk mencari diri disebalik rencam dunia yang kita singgah ini.

Aku membencinya secara verbal. Tapi Benci syaitan perlu kepada ilmu dan kena belajar sepertimana urusan duniawi. Tidak semudah yang diucap...


11 bulan masanya dunia terus berputar dan berlegar tanpa khianat. Manusia ( termasuk diri aku sendiri ) adakalanya tersasar dan tersesat dari jalan asal. Ada yang telah khianat dan melampau secara sedar atau tidak. Ya, begitu banyak ujian dan cabaran dalaman dan luaran yang mendatang. Ada yang menang ada yang kecundang.
Ramadhan yang 1 bulan ini sesungguhnya kurniaan dengan ganjaran yang maha hebat. Betapa Dia masih memberi ruang dan peluang untuk kita.
Konsistensi harus berterusan, jangan awal saja bersemangat tapi untuk hari kesekian hingga ke akhir semakin mandom.
Untuk aku, bertaubat dan berubahlah. Masa semakin suntuk. Adakah Ramadhan ini sebagai peluang terakhir sebelum panggilan terakhir akan tiba?

wahai aku...

Selasa, 11 Ogos 2009

MASA, PANDANGAN DAN KEIKHLASAN. - YANG TERLIHAT & GAGAL DIGENGGAM

Lebih sebulan aku tak update blog. Sewaktu aku gatal tangan untuk wujudkan medium ni kira-kira 3 bulan lepas, iltizam mahu jadi blogger prolifik. Tema blog aku adalah kisah-kisah perjuangan, pengorbanan dan seangkatan dengannya. Asasnya adalah kerana hidup ini adalah perjuangan. Perjuangan bukannya kerja main-main kerana di hadapan sana menuntut kesanggupan untuk berkorban.

Semua orang ada pandangan. Orang butapun ada pandangan yang kerapkali lebih jernih dari yang celik. Isunya ialah bersediakah kita untuk berbeza dari orang lain dan sebaliknya juga ? Sesekali apabila kita memandang satu arah dari sudut berbeza, pastinya kita temui satu kelainannya daripada sebelum ini. Kesimpulan mudah, persepsi yang salah mungkin hasil dari pemikiran sehala tanpa adanya pilihan yang lain. Bagi yang zalim, kuasa adalah pengaruh dan tekanan untuk memaksa orang lain menerima pemikiran mereka tanpa hujah dan bahas. Jarang orang berlaku adil kerana ego yang sukar ditundukkan dan fitnah digunapakai bagi menutup kebenaran.

Pandangan aku, biarlah aku jarang update blog daripada aku penuhi wadah ini dengan catatan-catatan kosong dan sampah.

Selama sebulan ini bukan tak pernah aku jenguk blog ni. Sesekali singgah sekejap sebelum berkunjung ke sekian banyak genre dalam ruang maya terbuka. Ada pelbagai rupa, isi, arah dan uslub. Kerana ruang ini terbuka, maka lantaklah siapa dan untuk apa mereka hadir ke persada maya ini. Masing2 punya intelek untuk bersetuju atau tidak, menerima atau menolak.

I

Satu tengahari aku berkeputusan ke sebuah bank. Sesampainya masa nak parking kapcai aku, ternampaklah aku sorang budak sekitar penghujung belasan tahun yang rasanya pernah terjumpa tapi tak ingat di mana. Fizikalnya sihat walafiat. Pakaiannya kusam dan wataknya seperti kehilangan dan kebingungan. Dia memanggil aku dari jauh..bang! ..bang! dan selamba aku pekakkan telinga kerana aku rasa dia hanya mahu minta sesuatu – seringgit dua buat beli makanan yang katanya sudah berhari kelaparan. Taktik yang selalu aku jumpa di Puduraya. Selepas kunci apa yang patut motorsikal burukku, terus saja aku berpaling ke arah mamat tu dan kata Tak ada! Tak ada duit! Takdalah aku herdik atau lemparkan kata hina, sekadar memandang sinis kepadanya lalu diapun angkat kaki dan ghaib entah ke mana.

Sepuluh minit kemudian seusai urusan aku, budak tadi muncul balik. Kali ini dia tak panggil aku lagi tapi kelihatan duduk keletihan. Mungkin gagal mendapatkan hajatnya dari sekian ramai manusia yang lalu lalang. Aku berlalu pulang sambil melihatnya dari hujung mata. Tak terkata apa.

Ketika dalam perjalanan balik ke ofis, kewarasan aku semacam cedera dengan tindak tanduk sendiri. Patutkah aku biar camtu ja budak tu? Usianya lebih muda dari aku tapi apa yang dicubanya bagi aku tak wajar. Pandangan kita mungkin klise pada peminta sedekah baik muda atau tua yang penuh tipu helah. Masalahnya fizikal tubuh badan budak tu tak dapat mengatasi sikap tipu atau jujur. Kesempurnaan yang ada tidak sepatutnya direndahkan maruah untuk hidup meminta.

Cuma bagaimana kalau, mamat ini ada masalah keluarga yang dihalau keluar dari rumah lalu terdampar ke pekan kecil ini. Sebagai remaja tercicir sudah tentu tidak mudah untuknya menghadapi dugaan hidup yang keras dan inilah saja yang termampu untuk difikir. Isikan dulu perut sebelum menyelesaikan lain2 perkara pokok. Mungkin baginya bermuka tebal meminta belas dengan jujur lebih baik daripada mencuri dan meragut di jalanan.

Apakah suatu masa nanti kita tidak dipersoalkan tentang kemashlahatan sesama insan ? Atas alasan bukan tugas hakiki atau malas untuk ambil tahu? Jangan melatah jika mereka berpaling arah kepada "orang lain" yang jauh lebih peduli.



Kenapa aku tidak mampu memberi ruang masa yang sebentar untuk pedulikan mamat tu. Siapakah lagi yang akan pedulikan mamat tu? Mungkin ada orang lain dan orang lain juga berpendapat ada orang lain yang ambil hirau.

Ia bukanlah soal beri atau tidak apa yang diminta. Soalnya adalah kepedulian. Soal bimbang terperangkap dengan kemelut asing adalah perkara lain. Itu belum lagi masuk bab dakwah. Mad’u yang minta perhatianpun ditinggal dan disepikan.

Masa telah menyaksikan daie ini telah lari dari medannya yang sarat dengan ganjaran dan balasan gembira.

II

Secara kebetulan bertemu seorang sahabat di sebuah kedai kopi untuk bersarapan. Aku hormati beliau kerana usia dan alimnya lebih dariku hasil istiqamah mengikuti pengajian tidak formal di pelbagai kuliah dan tempat. Baru-baru ini melalui sebuah NGO aku bersama rakan2 telah anjurkan sebuah forum agama di sebuah masjid. Berberapa panelis tempatan telah diundang. Berbicaralah sahabat ini tentang rasa tidak setujunya kami menjemput salah seorang panelis ini. Baginya panelis ini adalah puak yang memperkecil dan merendahkan ulama terdahulu. Tak semua ilmunya boleh dipakai. Aku sekadar tersenyum. Sahabat ini adalah antara sekian banyak mereka yang kritis dan keras terhadap satu golongan yang tidak mereka setujui ini. Aku sebutkan ia sebagai golongan A.

Pernah juga aku aktif menganggotai golongan B – yang kritis dan keras terhadap golongan A. Menganjur seminar, mengikuti kuliah tokoh jauh dan dekat. Menyimpan sekian banyak koleksi audio dan video. Golongan ini tidak sehaluan dengan golongan A dan membuat label kepada mereka dengan pandangan dan bahasa yang keras.

Apa yang cuba aku rungkai adalah soal ilmu dan penghayatan. Pada aku dengan aqidah yang sama, Itulah asasnya. Bezanya hanyalah penghayatan dalam amalan dan perkara itu memerlukan tambahan ilmu yang dipelajari dari masa ke semasa. Contohnya samakah solat seharian yang kita pelajari sewaktu kanak-kanak berbanding usia kita hari ini?

Pendapat lahir dari ilmu. Ilmu kita bukan untuk dipaksa kepada orang lain dengan senjata fitnah yang berlanjutan dan sia-sia. Jangan berhenti untuk belajar kerana ia membuka jalan hikmah.

Ia bukan soal salah atau benarnya kedua-dua golongan ini. Sebaliknya apakah yang kita mampu untuk meraikan sahabat kita yang tidak sealiran sepertimana Imam AsSyafie dan Imam Malik? Mungkin keegoan kita untuk berlapang dada telah menjauhkan ukhuwah sesama kita. Amalan kita sepatutnya berdasarkan ilmu yang kita miliki dengan tawaduk. Janganlah sewenang menuduh dan melabel orang lain. Bicaralah soal agama dan pegangan kita dengan pendekatan lembut dan hikmah. Luangkan masa untuk menambah ilmu dari aliran yang lain. Akhirnya kita sedari apa yang dipolemikkan sesama kita selama ini telah banyak membuang banyak masa.


Berbalik kepada sahabat tadi, seluas dan setinggi manapun ilmu yang kita miliki, mengapa tidak menjadikan kita lebih memahami orang lain disamping berusaha supaya orang lain mahu memahami kita? Kenapa hanya pendirian kita sahaja yang kita agungkan sedangkan pemikiran orang lain ditolak dengan kata-kata kebencian dan melonggarkan sendi-sendi persaudaraan?

Perkiraan terakhir adalah keikhlasan beramal haruslah dituruti dengan ilmu bukan dari tiru-tiruan.


III

Keluarga kecewa kerana aku terlibat dengan perjuangan politik arus kiri. Keluarga ini tidak pernah menongkah arus. Mereka mahu aku ikut tradisi tanpa memalukan perjuangan leluhur. Wajar diteruskan kesinambungan yang telah memberi banyak rahmat dan membuka pintu rezeki sehingga ke hari ini.

Perjuangan yang jelas dan syumul menyelesaikan banyak kemelut biar berpunca dari mana sekalipun.


Sedikitpun aku tak rasa bersalah kerana memilih haluan ini. Biarpun dalam desa ini gerombolan perdana menguasai secara total, aku apa peduli? Aku mahu menyanggah arus secara jujur tanpa berselindung. Mengapa pendirian dan pilihan aku ditentang semacam aku penjenayah besar?

Aku sedar sejak berhijrah ke pekan, kebajikan mereka dirai oleh jiran2 dan komuniti setempat. Tapi sakit demam mereka tak pernah aku abaikan. Cuma wang ringgit membataskan kemampuan aku membantu mereka secara material walaupun tak diminta, tapi maklum saja zaman ini semuanya seperti perlumbaan. Bila umum mengetahui keterlibatan aku dalam arus kiri, pandangan masyarakat terhadap keluargaku kelihatan dan bernada sinis. Komuniti ini seperti mengugut agar keluarga hati2 dan jangan sesiapa terpengaruh dengan rasional dan pandangan aku.

Sejarah adalah sejarah. Selamanya kita berterima kasih atas segala yang baik yang diwariskan hingga ke hari ini. Menjadikannya sebagai asas untuk terus mendominasi kuasa adalah sesuatu yang melampau kerana dalam masa yang sama mereka menyalahgunakan kuasa dan berlagak mulia di hadapan kita dengan cerita-cerita wangi media yang bias kepada lawan politiknya. Mereka mahu bangsa ini tetap bergantungan nasib dengan mereka biar apapun berlaku. Mereka mendabik dada sebagai pemilik tanah ini. Hanya merekalah pembela dan pejuang kemerdekaan sebenar dengan bijaksananya tanpa menumpah darah sesiapa.

Setiap perjuangan ada asasnya. Kerana hidup ini tidaklah lama maka bodoh bagi kita meyertai perjuangan yang bersegmen pendek dan terbatas arahnya. Perjuangan dipegang pada asasnya. Asasnya terletak pada perlembagaan. Sejauh manapun kita menyimpang dan tersesat, disitulah kita kembali memperbaiki kesilapan. Asas dan tindakan yang betul oleh pimpinan merupakan muka pertama kepada perjuangan. Polemik boleh saja berlangsung secara kritis oleh sesiapa kepada sesiapa saja. kecamuk dan kekeliruan boleh dirungkai dengan kembali merujuk asas perlembagaan.

Mereka mengungkit bahawa jasa mereka telah mendarah daging dalam tubuh kita. – Apakah mereka mahu aku bunuh diri untuk “bebaskan diri dari budi baik” mereka? Sedarlah sedikit dan terima kenyataan bahawa semuanya adalah tanggungjawab sesiapa saja yang memerintah dan mentadbir. Perjuangan untuk bangsa umpama jaguh kampungan di kala mereka berdegar2 bercakap soal dunia global. Apakah akhirnya nanti mereka mahu jadi YAHUDI baru yang segala2nya bertitik tolak dari soal bangsa?

Pada keluarga, aku bukan mahu menderhaka. Cuma mahu kembali ke jalan fitrah dan keluar dari doktrinisasi sesat. Tentang rezeki, biarlah sedikit dan berkat daripada mewah dan tergelincir akidah. Ketahuilah, kita orang baik2, maka tidak wajar untuk kita berada di tempat yang tidak baik.

Islam itu tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi.

Prihatinlah walau kita tidaklah berapa betul tapi bersedia untuk diperbetulkan dan beranilah untuk tidak bersetuju kerana kecederaan pemikiran hanya dapat dipulihkan dengan jalan perjuangan yang benar, jujur dan ikhlas.

Isnin, 10 Ogos 2009


AKU-manusia biasa dengan impian LUAR BIASA.
...dan aku kembali berjuang untuk membebaskan diri dari tipudaya - NAFSU AMMARAH
& SYAITAN serta KEPIMPINANNYA YANG DILAKNAT!

Rabu, 10 Jun 2009



Masjid dan Syahid

sumber : Utusan Malaysia


SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Satu pembunuhan kejam ke atas 11 jemaah ketika solat isyak telah berlaku di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng. ‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas. ‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.
Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah. ‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.

Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.

Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.

amialhadid - jalan perjuangan penuh ranjau. Taqdir syahid ada di mana-mana. Tetapi kezaliman tak dapat ditutup dengan berdiam diri. Apabila kebenaran tak dapat disangkal, fitnahpun berterbangan.

Jumaat, 29 Mei 2009

Ciri Orang Yang Ikhlas

Orang-orang yang ikhlas memiliki ciri yang boleh dilihat, diantaranya:


1. Senantiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, baik dalam keadaan sendiri atau bersama orang ramai, baik ada pujian ataupun celaan.


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Orang yang riya memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin bergairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”


Perjalanan waktulah yang akan menentukan seorang itu ikhlas atau tidak dalam beramal. Dengan melalui berbagai macam ujian dan dugaan, baik yang suka ataupun duka, seorang akan terlihat kualiti keikhlasannya dalam beribadah, berdakwah, dan berjihad.


Al-Qur’an telah menjelaskan sifat orang-orang beriman yang ikhlas dan sifat orang-orang munafik, membuka kedok dan kebusukan orang-orang munafik dengan berbagai macam cirinya. Di antaranya disebutkan dalam surat At-Taubah ayat 44-45:


“ Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya.”


2. Terjaga dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia atau jauh dari mereka. Disebutkan dalam hadis,


“Aku diberitahu bahawa ada suatu kaum dari umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang beterbangan. Mereka adalah saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang jika bersendirian melanggar apa yang diharamkan Allah.” (HR Ibnu Majah)


Tujuan yang hendak dicapai orang yang ikhlas adalah keredhaan Allah, bukan redha manusia. Sehingga, mereka senantiasa memperbaiki diri dan terus beramal, baik sewaktu bersendiri atau ramai, dilihat orang atau tidak, mendapat pujian atau celaan. Mereka yakin Allah Maha melihat setiap amal baik dan buruk biar sekecil manapun.


3. Dalam dakwah, akan terlihat bahawa seorang daie yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan terealisasi di tangan saudaranya sesama daie, sebagaimana dia juga merasa senang jika terlaksana oleh tangannya.


Para daie yang ikhlas akan menyedari kelemahan dan kekurangannya. Oleh karena itu mereka senantiasa membangun amal jama’i dalam dakwahnya. Senantiasa menghidupkan syura dan mengukuhkan peranan dan sistem dakwah. Berdakwah untuk kemuliaan Islam dan umat Islam, bukan untuk meraih populariti dan membesarkan diri atau organisasinya semata-mata.

Selasa, 26 Mei 2009

7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

petikan: CINA ISLAM

Isnin, 25 Mei 2009

APA ADA PADA SEMUT ?



Apabila Semut Mampu Menghidu Aroma Kematian...


petikan: www.kompas.com


Sebagai makhluk sosial, semut sangat peka terhadap lingkungannya, seperti menemui dan mengesan salah satu anggota koloninya yang mati. Jika ada salah seekor semut yang mati, semut-semut lainnya akan segera menyingkirkannya atau disebut proses nekroporesis.Cara tersebut bermanfaat bagi populasinya kerana dapat menghindarkan penyebaran jangkitan penyakit. Apa yang pasti, semut yang mati akan dapat segera dikenali.

Ketika di alam fana, kita pijak dan perkecilkan hamba Allah ini.
Si kecil ini juga bakal menyaksikan nasib kita nanti di alam barzakh..
Sudah tentu bukan dengan cara mengukur denyut nadinya. Sebelum ini terdapat teori yang mengatakan bahwa semut yang mati akan mengeluarkan zat kimia akibat proses pembusukan. Kajian terkini, yang dilakukan entomologis (pakar serangga) di Argentina mendapati bahawa semua jenis semut mempunyai zat kimia "kematian", ketika masih hidup ataupun sudah mati. Ringkasnya semut hidup memiliki zat kimia "kehidupan"dan apabila semut tersebut mati, zat kimia kehidupan terus berkurang sehingga meninggalkan zat kimia kematian saja.
"Oleh karena semut mati tidak lagi berbau seperti semut hidup maka ia akan segera dikirim ke 'kuburannya', bukan kerana tubuhnya mengeluarkan zat kimia baru," ujar Dong-Hwan Choe, dari Universiti California di Riverside, AS. Hasil analisisnya dijelaskan terperinci dalam The Proceedings of the National Academy of Sciences.

Ketaatan manusia tak mampu mengatasi istiqamah makhluk Tuhan yang lain

Ahad, 24 Mei 2009

PELAJARAN DARI BELAKANG

Aku bengang setiap kali pinggan dan cawan bersentuhan di dapur, dia sering bersuara di belakang rumah mengharap belas ehsan. Sering aku herdik dan tak kurang juga aku curahkan sekole air sinki agar dia cepat-cepat pergi. Bukan aku tak suka kehadirannya, kerana ada juga sekali sekala aku menyantuni sebagaimana haknya. Memberi apa-apa saja yang layak menjadi pengalas perutnya tak kira waktu-baik subuh atau dinihari !

Kadangkala sehingga mengganggu waktu-waktu senjangku, apa lagi yang kau mahu? Tak mungkin aku akan melayanimu sebagai tetamu terhormat kerana kau tidak aku jemput cuma tingkap kaca dapur rumahku sahaja sering kau suakan rupa sambil merengek, kau kenapa tidak ke rumah-rumah tetangga yang lain?

Apakah kau membawaku sesuatu? Mungkin sebuah peringatan. Mungkin selama ini aku bakhil dan jarang memberi dan kerap saja meminta dan menerima. Aku pandang sebelah mata pada yang meminta. Memberi pula pasal aku terpaksa, ya terpaksa kerana tidak mahu dipandang kikir.

Walau aku tak suka, dia tetap setia minta didengar cerita dan rengekan yang aku tak faham tapi rasanya aku mengerti.

Semacam semut, nyamuk hatta kutu babi sekalipun, tak berguna kehadirannya pada pandangan sesetengah manusia. Bila fikir sejenak - Tak ada berlaku sesuatu peristiwa kerana saja-saja. Tak ada apa tertulis dalam hidup inincuma sia-sia.

Mungkin jarangnya aku memberi pada manusia, sehingga bukan manusia pula dihantar kepada aku untuk meminta !

...Apakah kesabaran itu ada tarikh luputnya ? Kerana kesabaranlah memberi pelajaran yang berguna untuk manusia dan makhluk bernyawa.

Selasa, 5 Mei 2009

MASJID.
Ada Sesuatu 1

Seringkali kita ternampak atau tengok ada manusia-manusia yang tak pernah miss solat berjamaah. (Pada aku kalau di surau tu peringkat DUN dan Masjid peringkat Parlimen). Waktu terserempak tu kita mungkin nak ke kedai beli barang ke, On the way pegi meeting ke, ataupun mungkin saja-saja dok meronda kawasan. Tak kira apa keadaan sekalipun (kecuali yang darurat) dekat masuk waktu ja, manusia-manusia ini akan tinggalkan apa yang ada dan bersiap menuju ke tempat berjamaah. Aku tak pikir itu soal riak, yang aku nampak ini soal menegakkan syiar. Itu soal kekuatan iman dan jiwa menyahut seruan ILahi !

Kita ada kemampuan untuk istiqamah ? Berapa lama ?

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah. Ini soal serius. Soal manusia pandang dunia hebat sungguh sampai kita buat bodoh je bila azan berkumandang !

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu
kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang
yang boleh memimpinnya pergi ke masjid.
Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi
kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya.
Pada mulanya Baginda telah membenarkannya,
tetapi kemudiannya Baginda menarik balik
kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa
si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat
yang dikumandangkan di masjid.

Dekat masuk waktu ade je program TV la, pasar malam la, orang datang rumah...mengantoikan keadaan..iman? Nipis ? Tebal lagi apam balik.

Pernah seseorang berkata - JIKA HOSPITAL ITU TEMPAT KITA MENDAPATKAN RAWATAN FIZIKAL, MASJID PULA ADALAH HOSPITAL YANG MERAWAT IMAN & JIWA KITA.

dan juga pesan seseorang - ...dalam membezakan kesungguhan para pejuang dan orang awam,
Solat jemaahlah yang menjadi garis sempadannya. Itulah BUDAYA mereka apatah lagi bagi yang terlibat dalam gerakan Islam.

Mari kita cabar iman kita...barang 40 hari la katakan.
Tak kisahla kita tinggal kat mana..kat metropolitan atau pendalaman, siapa kita..orang besar atau orang kasar. Bermacam rutin harian yang kita cipta sendiri dan boleh kita ikut dan banyak benda lain yang mampu kita boleh bagi komitmen yang jitu, Hari-hari kita pi keja, balik keja, cukup bulan bayar hutang rumah, kereta dan memacam sikit punya disiplin on time.. kalau tak disiplin bos marah, bank marah, manusia marah. Tau kita takut.

JOM Pi Masjid!

Jadi kaki masjid la pulak. Sampai jiwa kita lebih takut dan utamakan panggilan Ilahi daripada kesombongan manusia dan perli sindir syaitan ! Ada bran..??

Apapun kemudahan yang kita ada, selalunya kita ada banyak
alasan dan terus membuat alasan...




...dan akhirnya langkah kita yang akan menjawab persoalan di SANA tentang ke mana tempat yang senang kita tuju!

Khamis, 23 April 2009




PALM JUMEIRAH di Dubai...
Sebijik banglo harga dia US$48 million. Kalau hangpa nak beli, minta mahap pasai dah sold out! Tu pun 3 hari ja depa launch.Memang rugi tak beli, pasai jiran-jiran yang dok situ...antaranya..depa la kata...

David Beckham, Michael Jackson, Bill Gates, Whitney Houston, Nicholas Cage, Steven Spielberg, Roger Moore, Clint Eastwood, Sultan Najori Hamten Kerabat Raja Saudi, Bill Clinton, Pete Sampras, Michael Jordan, Tina Turner, Will Smith, Beth Midler, Jet-Li, Patrick Ewing, Robin Williams, Damon Sunderland, Don King, Phil Jackson, Shania Twain, George Bush, Oscar DelaHoya, Axel Rose, Demi Moore & Bruce Willis, Rony Notada, dan ramai lagi la..
MELAMPAU NAK MAMPUS TOK ARAB NIH !
salah aku la tak pi mintak...pinjam..eh halalkan barang tiga pat ratus juta rial..




HIDUP PERLUKAN ARAH. PERJUANGAN & PENGORBANAN JANGAN JADI SIA-SIA

Pengorbanan memang perlu dalam sebarang perjuangan. Cuma aku tak pasti, kalau salah dan silap manusia atau yang menjadi dosa itu wajar ditebus secara yang tak patut. Bayangkan kalau semua manusia tu kena siksakan dirinya untuk nak cuci dosanya. Nak jadi suci kena buat perkara2 yang tak logik. Mungkin yang dah ada pikiran tahap dewa tu aku percaya sanggup buat apa saja. Secara akal waras aku percaya ada yang tak berkemampuan samada secara fizikal dan tahap pemikirannya. Pendek kata kesanggupan yang tak termampu untuk dibuat oleh semua orang.
Majoriti kita ada akal dan tempurung kepala, tapi cara berfikir dan arah tuju pemikiran tu satu perkara yang subjektif @ ikutsuka tujuh keturunan mak bapak aku. . Sesudah secara percuma manusia diberikan roh dan kehidupan, apakah kita ada hak nak merosakkannya? Soalnya ada sesiapa yang sanggup hidup untuk mengorbankan diri sendiri untuk menebus dosa diri sendiri atau orang lain ? Dah la berkorban tu sepasai, lepas berkorban tu nak tanggung kos nak sembuh tu pulak sepasai !
Manusia -kalau hidup takdak pedoman, macam-macam boleh jadi !

Rabu, 22 April 2009

sebab berberapa sebab

sebab apa aku berani buat dosa?

sebab aku tak kuat melawan yang jahat
sebab dalam darah banyak tak berkat
sebab otak dan fikiran dah
berkarat
sebab aku tak sedar aku dah tersesat

sebab aku tak nampak yang Tuhan itu Maha Melihat

sebab dah ada peluang
sebab apa aku ambil peluang?
sebab mereka dah sedia ruang
sebab apa aku tak tentang?
sebab aku rasa senang
sebab apa aku senang dengan dosa bergelumang?
sebab aku nak cari yang tenang-tenang
sebab apa nak tenang sedang masih banyak yang aku kurang

sebab aku dah buntu
sebab aku tak cukup ilmu
sebab aku memang tak tau malu

sebab hati dah rosak
sebab nafsu mendesak

sebab aku tak istiqamah mencari jalan yang indah
sebab perjuangan dan pengorbanan bukanlah mudah.

sebab
semuanya
salah
aku.

sebab aku ada sebab?

zona utama, kangar
22/4/09

Jumaat, 3 April 2009


Sehingga ke satu persimpangan hidup, aku, kau dan kita mula mencari gred dan klasifikasi diri sendiri. Kerana dalam tuntutan hidup yang pantas, ada sesuatu yang sedang tertinggal kerana garisan penamat telah makin hampir !

PERANG KEINGINAN

(dicilok daripada dakwatuna.com)
Manusia hidup dan digerakkan oleh keinginan. Waktu dan segala yang dimiliki manusia digunakan dan dipergunakan untuk merealisasikan keinginan. Tetapi sebuah pertanyaan menghalang kenyataan ini; iaitu kenginan seperti apa dan keinginan siapa yang patut selalu diikuti?

Manusia dalam situasi dengan keinginan terbagi menjadi beberapa golongan:

Pertama, manusia yang hanya mengikuti keinginan dirinya. Tidak ada yang penting baginya kecuali yang apa yang dia mahu. Barangkali dia mengira bahwa dirinya merdeka. Merdeka menentukan segala yang dia mahu. Mereka juga berfikir apa saja yang dibayangkan. Kebebasan memang penting untuk membentuk keperibadian. Tanpa kebebasan seorang manusia hanyalah bersendirian dan cuma seseorang yang tidak terlalu penting di tengah berbillion manusia. Tetapi kebebasan ada batasnya. Manusia yang tidak mengenal batas dirinya cenderung bersikap egois. Sehinggakan al-Qur’an menyebut manusia seperti ini sebagai manusia yang menyembah hawa nafsunya. Allah berfirman di surat al-Jatsiyah ayat 23:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ )

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu, dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (QS al-Jatsiyah: 23)

Rasulullah SAW juga menyebut orang yang hanya mengikuti hawa nafsunya sebagai orang yang lemah.

الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ. رواه الترمذي وابن ماجه وأحمد

“Orang yang cerdas adalah yang mengendalikan dirinya dan beramal untuk (kehidupan) setelah kematian, sedangkan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya tapi banyak berangan-angan atas (kurnia) Allah.” (HR at-Turmudzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Kedua, manusia yang tidak punya keinginan untuk memiliki kebebasan diri. Dia selalu didorong oleh pihak luar. Lingkungan, kawan, orang tua, bahkan musuhnya selalu menjadi pusat perhatiannya, dan selalu mendorongnya untuk bereaksi. Orang seperti ini tidak punya pendirian. Apa kata orang itulah katanya. Ke manapun angin berhembus ke sanalah dia berlayar. Orang seperti sangat dikecam Rasulullah, beliau berkata:

لَا تَكُونُوا إِمَّعَةً تَقُولُونَ إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَحْسَنَّا وَإِنْ ظَلَمُوا ظَلَمْنَا وَلَكِنْ وَطِّنُوا أَنْفُسَكُمْ إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَنْ تُحْسِنُوا وَإِنْ أَسَاءُوا فَلَا تَظْلِمُوا. رواه الترمذي

“Janganlah kalian menjadi orang tidak berpendirian, yang mengatakan ‘jika orang-orang berbuat baik, kami juga berbuat baik, jika mereka berbuat zalim, kami juga berbuat zalim.’ Tetapi kuatkanlah pendirian kalian, jika orang-orang berbuat baik, berbuat baiklah, jika mereka berbuat zalim, jangan kalian berbuat zalim.” (HR at-Turmudzi)

Ketiga, manusia yang selalu berperang antara kemahuan dirinya dan kemahuan orang lain, dan juga kemahuan Sang Pencipta. Dia selalu ingin mendapatkan penerimaan semua pihak tetapi tidak rela mengorbankan keinginan dan cita-cita atau syahwatnya. Golongan seperti ini selalu terombang-ambing dalam ketidakpastian tujuan. Peperangan sengit dan rumit terjadi dalam diri mereka. Yang mampu menemukan dirinya dalam naungan Allah akan selamat, tetapi yang terus tak mampu menemukan skala keutamaan akan hidup dalam pederitaan batin dan gejolak pemikiran yang tak berakhir. Allah membuat perumpamaan terhadap orang seperti ini:

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا رَجُلًا فِيهِ شُرَكَاءُ مُتَشَاكِسُونَ وَرَجُلًا سَلَمًا لِرَجُلٍ هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلًا الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ الزمر

"Allah membuat perumpamaan (iaitu) seorang laki-laki (budak) yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkumpul dalam perselisihan dan seorang budak yang menjadi milik penuh dari seorang laki-laki (saja); Adakah kedua budak itu sama halnya? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (QS az-Zumar: 29)

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ جَعَلَ الْهُمُومَ هَمًّا وَاحِدًا هَمَّ آخِرَتِهِ كَفَاهُ اللَّهُ هَمَّ دُنْيَاهُ وَمَنْ تَشَعَّبَتْ بِهِ الْهُمُومُ فِي أَحْوَالِ الدُّنْيَا لَمْ يُبَالِ اللَّهُ فِي أَيِّ أَوْدِيَتِهَا هَلَكَ. رواه ابن ماجه والحاكم وحسنه الألباني

“Barang siapa yang menjadikan fikiran-fikirannya menjadi satu fikiran iaitu fikiran akhirat, Allah cukupkan masalah dunianya. Dan barang siapa yang fikirannya bercabang-cabang di urusan dunia, Allah tidak perduli di lembah dunia mana dia akan binasa.” (HR Ibnu Majah dan al-Hakim dihasankan oleh al-Albani)

Semoga Allah menyelamatkan kita dari musibah seperti itu.

Keempat, manusia yang menenggelamkan dirinya dalam keinginan Sang Pencipta. Dia hanya menginginkan keredhaan Allah SWT. Dia tahu bahwa dia hanya makhluk yang diciptakan untuk beribadah kepada-Nya. Manusia golongan ini adalah manusia luhur dan suci. Mereka menghayati firman Allah “Katakanlah bahwa sholatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam.”

Tetapi beberapa dugaan dan ujian serius harus dihadapi. Tidak sedikit kegagalan terjadi jika anak Adam ini tidak berhasil menghadapi dugaan tersebut.

Ujian pertama adalah tentang kefahaman. Sejauh mana manusia itu memahami apa yang Allah SWT tuntut darinya. Berapa banyak orang yang serius beribadah bahkan mengorbankan segala yang dia miliki untuk suatu hal yang sebenarnya tidak dituntut darinya. Betapa banyak kewajiban ditinggalkan karena melaksanakan ibadah sunnah yang tidak utama dalam neraca Syariah. Betapa banyak kewajiban kolektif diabaikan padahal itu menyangkut kepentingan umum disebabkan manusia itu lebih asyik dengan ibadah peribadi. Betapa banyak bid’ah yang dianggap sunnah. Betapa banyak sunnah yang dianggap bid’ah.

Tanpa berpegang teguh pada kefahaman yang benar terhadap Qur’an dan Sunnah, sangat sukar seorang muslim dapat dengan tepat melaksanakan peranan dan tugas yang dituntut darinya.
Kesalahan yang paling parah adalah yang terjadi pada golongan yang menganggap bahawa penyerahan diri terhadap Allah adalah bersikap fatalis atau yang dikenal dengan kaum Jabriyah - manusia hanya dituntut menyerah pada takdir, tidak perlu berusaha atau merencanakan masa depan yang baik. Iman kepada takdir mereka fahami sebagai sikap pasif terhadap usaha perubahan.

Umar bin Khattab pernah begitu gusar dengan pemahaman seperti ini, ketika beliau dan beberapa sahabat hendak memasuki satu daerah yang dilanda wabak. Setelah bermusyawarah akhirnya diputuskan untuk membatalkan kunjungan ke daerah tersebut. Salah seorang sahabat menentang putusan itu, dan berkata, “Apakah kita lari dari takdir Allah?” Umar bin Khattab terkejut dengan tanggapan tersebut, lalu menjawab, “Ya kita lari dari takdir Allah menuju takdir Allah yang lain.”

Allah mengecam orang-orang yang menggunakan takdir sebagai alasan untuk tidak melaksanakan hal-hal yang seharusnya. Allah berfirman:

سَيَقُولُ الَّذِينَ أَشْرَكُوا لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكْنَا وَلَا آَبَاؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِنْ شَيْءٍ كَذَلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ حَتَّى ذَاقُوا بَأْسَنَا قُلْ هَلْ عِنْدَكُمْ مِنْ عِلْمٍ فَتُخْرِجُوهُ لَنَا إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ أَنْتُمْ إِلَّا تَخْرُصُونَ

“Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, akan mengatakan: “Jika Allah menghendaki, nescaya Kami dan bapa-bapa Kami tidak mempersekutukan-Nya dan tidak (pula) Kami mengharamkan barang sesuatu apapun.” Demikian pulalah orang-orang sebelum mereka telah mendustakan (para Rasul) sampai mereka merasakan siksaan Kami. Katakanlah: “Adakah kamu mempunyai sesuatu pengetahuan sehingga dapat kamu mengemukakannya kepada kami?” Kamu tidak mengikuti kecuali persangkaan belaka, dan kamu tidak lain hanyalah berdusta.” (QS al-An’am: 148)

Iman kepada takdir adalah kebenaran yang wajib diyakini, tetapi hal itu dimaksudkan agar kita tidak terperangkap oleh masa lalu, tersiksa oleh penderitaan masa yang telah lewat, atau tertipu oleh sesuatu yang membuat kita terlena. Allah jelaskan dalam surah al-Hadid apa yang dimaksudkan dengan iman kepada takdir, Allah berfirman:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ (22) لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آَتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 23. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS al-Hadid: 22-23)

Iman kepada takdir membuat seorang muslim tidak tenggelam dalam penderitaan atau tertipu oleh kenikmatan, karena dia sadar bahwa itu semua sudah ditetapkan oleh Sang Pencipta, Yang Maha Bijaksana dan semua yang Allah tetapkan selalu menyimpan hikmah dan kebijaksanaan. Ringkasnya iman kepada takdir dapat menghindarkan sesorang dari pedihnya keputus asaan dan tipuan kesombongan. Di sisi lain Allah memerintahkan hamba-Nya untuk berbuat untuk kebaikan dirinya. Rasulullah SAW bersabda:

احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَان. رواه مسلم

“Bersunguh-sungguhlah meraih hal yang bermanfaat untukmu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan melemah. Jika Sesuatu menimpamu janganlah engkau berkata, ‘jika dulu aku lakukan ini pasti terjadi begini atau begitu.’ Tetapi katakanlah, Allah sudah menakdirkan, dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi. Kerana kata ‘kalau’ membuka perbuatan syaitan[1].” (HR Muslim)

Kesalahfahaman lain yang sering terjadi dalam beribadah juga adalah pemahaman bahawa ibadah hanyalah terbatas pada hal-hal ritual. Banyak umat Islam yang masih belum memahami kesyumulan Islam, bahawa perintah Allah juga mencakupi segala kebaikan di berbagai aspek kehidupan. Dengan ringan tangan banyak muslim yang menginfakkan jutaan ringgit untuk pergi haji atau umrah. Tetapi jumlah seperti itu sukar didapatkan untuk membangun projek-projek yang berkaitan dengan kemaslahatan bersama. Umat Islam sedar kalau solat mereka batal kalau mereka berhadas, tetapi banyak tidak khuatir seluruh amalnya batal karena korupsi, kolusi dan menipu.

Kesalahfahaman yang juga banyak terjadi adalah berlebih-lebihan dan beragama. Ada yang berwudhu tapi sambil membuang air dengan membazir, ada yang sibuk mengucapkan niat sampai tidak bisa mengikuti solat dengan baik dan khusyuk, ada yang sibuk dengan memendekkan pakaian sampai lupa memperhatikan hati dan memperbaiki akhlak. Ada yang terlalu berlebihan dalam masalah-masalah aqidah sampai mengkafirkan sebahagian besar umat Islam. Ada yang begitu membenci kekafiran tetapi lupa berdakwah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Begitu bahayanya sikap berlebih-lebihan dalam agama sampai Rasulullah SAW memperingatkan:

وَإِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ الْغُلُوُّ فِي الدِّينِ. رواه النسائي وابن ماجه والبيهقي والطبراني في الكبير وابن حبان وابن خزيمة وصححه الألباني

“Jauhkan diri kalian dari berlebih-lebihan dalam agama. Sesungguhnya berlebih-lebihan dalam agama telah membinasakan orang-orang sebelum kalian.” (HR an-Nasa’I, Ibnu Majah, al-Baihaqi, at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibnu Hibban, dan Ibnu Khuzaimah, dan dishahihkan oleh al-Albani)

Begitu banyak kesalahan dalam beribadah terjadi kerana ketidakfahaman terhadap Islam. Sebahagian besar bersumber dari jauhnya umat Islam dari pemahaman yang baik terhadap Qur’an dan Sunnah. Jarak yang terjadi bervariasi, mulai dari yang tidak pernah membaca al-Qur’an sama sekali, sampai yang membaca tetapi tidak memahami maknanya. Ada yang memahami sebahagian kecil lalu merasa cukup dan merasa sudah pandai, bahkan mengira bahawa Islam hanya terangkum dalam beberapa ayat dan hadis. Ada yang mengaku mengerti al-Qur’an dan meninggalkan Hadis. Ada juga yang serius dengan hadis Nabi SAW tetapi meninggalkan al-Qur’an dengan tidak mentadabburi al-Qur’an dengan rutin.

Apakah itu semua kerana memahami agama Islam amat sukar? Sama sekali tidak. Tetapi siapapun yang menghendaki suatu tempat tapi tidak melalui jalan yang sesuai pasti tidak akan sampai tujuan. Seperti dikatakan oleh seorang penyair:

تَرْجُو النَّجَاةَ وَلَمْ تَسْلُكْ مَسَالِكَهَا إِنَّ السَّفِيْنَةَ لَمْ تَجْرِ عَلَى يَبَسِ

Kau harap selamat tapi tidak menempuh jalannya. Sesungguhnya bahtera tidak berlayar di atas daratan kering”

Tentangan kedua dalam ibadah adalah diri manusia itu sendiri. Dia berhadapan dengan hawa nafsunya yang sering menggodanya untuk meninggalkan perintah Allah. Dia akan berhadapan godaan dari luar, tetapi semua terkait dengan kekuatan tekad dan keteguhan pendirian hamba Allah tersebut.

Ketika hawa nafsu mengajak kepada hal yang jelas dilarang barangkali masalah menjadi jelas. Yang lebih rumit adalah ketika hawa nafsu mengajak kepada hal yang samar (syubhat), disini dua persoalan memujuk antara satu sama lain sehingga merumitkan lagi tentangan. Yang lebih rumit lagi adalah ketika hawa nafsu mendapatkan pembenaran yang palsu. Ketika dalil-dalil syarie yang mutasyabihat (yang samar) dapat digunakan untuk membenarkan pelanggaran.

Semua ujian dan tentangan itu tidak mudah. Karena itu ibadah seorang hamba tidak akan sempurna tanpa memohon pertolongan Allah. Oleh sebab itu poros al-Fatihah yang harus diulang-ulang seorang muslim adalah: “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in.” (Kepada engkau kami menyembah, dan kepada engkau kami memohon pertolongan).

Seorang muslim yang menyembah Allah tanpa memohon pertolongan dari-Nya, nescaya akan terjebak dan terjatuh dalam dugaan-ujian-tentangan yang sukar dalam perjalanan hidup yang penuh dengan ujian.

Semoga Allah SWT senantiasa membimbing kita. Wallahu waliyyut taufiq.

Selasa, 31 Mac 2009

JALAN DAN PERJALANANAN.

Mungkin langkah
yang kita mula
hari ini
bakal jadi denai dan lorong
buat mereka
yang sama turut
mencari dan tercari
arah tuju.

Akuilah kita
bukanlah yang terbaik
walau persis perintis
kerana setiap perkara
yang terjadi

pada diri
pada mereka

adalah
rantaian hikmah
juga ujian,


itupun jika kita
benar-
benar
punya
sekelumit rasa keimanan!

zona utama, kangar

SATU MANIFESTASI


HIDUP - Tiada apa yang remeh lagi percuma. Sang Pejuang - Masanya terbatas bertemankan sabar dan tabah. Lorongnya ikhlas jalannya pengorbanan dan destinasinya - REDHA ILAHI. Ada ketika menang dan kerapkali kecundang. Jatuh dan bangun semula walau sehina mana. Tiada jalan pintas, jalan mudah - rasuah jangan dicuba. Bersendiri dan menangislah atas kezaliman diri. Air mata sesal lebih bernilai dari rasa sombong.

Sebelum "ESOK" kena belasah...JOM ! - Aku, Kau & Kita sama-sama - BERUBAH !
Berdoa. Teguhkan aqidah, istiqamah dan tawakkal.
Moga waktu ini lebih baik dari sebentar tadi.