Sayyidina Ali R.A:

" Manusia sebenarnya sedang nyenyak tidur, sehinggalah mati barulah ia terjaga dan sedar bahawa banyak kewajipan telah terabai."

Ahad, 24 Mei 2009

PELAJARAN DARI BELAKANG

Aku bengang setiap kali pinggan dan cawan bersentuhan di dapur, dia sering bersuara di belakang rumah mengharap belas ehsan. Sering aku herdik dan tak kurang juga aku curahkan sekole air sinki agar dia cepat-cepat pergi. Bukan aku tak suka kehadirannya, kerana ada juga sekali sekala aku menyantuni sebagaimana haknya. Memberi apa-apa saja yang layak menjadi pengalas perutnya tak kira waktu-baik subuh atau dinihari !

Kadangkala sehingga mengganggu waktu-waktu senjangku, apa lagi yang kau mahu? Tak mungkin aku akan melayanimu sebagai tetamu terhormat kerana kau tidak aku jemput cuma tingkap kaca dapur rumahku sahaja sering kau suakan rupa sambil merengek, kau kenapa tidak ke rumah-rumah tetangga yang lain?

Apakah kau membawaku sesuatu? Mungkin sebuah peringatan. Mungkin selama ini aku bakhil dan jarang memberi dan kerap saja meminta dan menerima. Aku pandang sebelah mata pada yang meminta. Memberi pula pasal aku terpaksa, ya terpaksa kerana tidak mahu dipandang kikir.

Walau aku tak suka, dia tetap setia minta didengar cerita dan rengekan yang aku tak faham tapi rasanya aku mengerti.

Semacam semut, nyamuk hatta kutu babi sekalipun, tak berguna kehadirannya pada pandangan sesetengah manusia. Bila fikir sejenak - Tak ada berlaku sesuatu peristiwa kerana saja-saja. Tak ada apa tertulis dalam hidup inincuma sia-sia.

Mungkin jarangnya aku memberi pada manusia, sehingga bukan manusia pula dihantar kepada aku untuk meminta !

...Apakah kesabaran itu ada tarikh luputnya ? Kerana kesabaranlah memberi pelajaran yang berguna untuk manusia dan makhluk bernyawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SATU MANIFESTASI


HIDUP - Tiada apa yang remeh lagi percuma. Sang Pejuang - Masanya terbatas bertemankan sabar dan tabah. Lorongnya ikhlas jalannya pengorbanan dan destinasinya - REDHA ILAHI. Ada ketika menang dan kerapkali kecundang. Jatuh dan bangun semula walau sehina mana. Tiada jalan pintas, jalan mudah - rasuah jangan dicuba. Bersendiri dan menangislah atas kezaliman diri. Air mata sesal lebih bernilai dari rasa sombong.

Sebelum "ESOK" kena belasah...JOM ! - Aku, Kau & Kita sama-sama - BERUBAH !
Berdoa. Teguhkan aqidah, istiqamah dan tawakkal.
Moga waktu ini lebih baik dari sebentar tadi.