Sayyidina Ali R.A:

" Manusia sebenarnya sedang nyenyak tidur, sehinggalah mati barulah ia terjaga dan sedar bahawa banyak kewajipan telah terabai."

Khamis, 20 Mei 2010

AGAK-AGAK LA NAK MAKI ORANGPUNN..

...’nak harammmm! (anak haram)…kata kita nak lepas geram..atau standard tag maki kita pada orang. Sapa2 yang beranggapan "ayat" itu sekadar lawak ringan pembasah mulut sebenarnya tertakluk kepada hukum qazaf - menuntut kita membawa saksi yang dipercayai bagi membuktikan mak bapak si yang kita maki tadi benar2 berzina hingga melahirkan si dimaki. Berdepan 80 kali sebatan didunia atau terima balasan di akhirat!

– Ust.Shamsuri Ahmad, Masjid Darulaman, Jitra
18 may 2010

Jumaat, 7 Mei 2010

Saya Sokong Pengeluaran Lesen Judi Sempena Piala Dunia!!!

Saya mengucapkan syabas di atas keberanian kerajaan 1Malaysia dengan cadangan ideal mengeluarkan lesen pertaruhan halal sempena kehadiran World Cup dan juga Piala Thomas nanti.
Kita sebagai rakyat tidak harus hanya memandang serong terhadap tindak-tanduk kerajaan. Janganlah kita hanya tahu mengkritik tanpa mengambil kira pandangan dan faktor dari pelbagai sudut.

Memang benar bagai dikata, sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang halal untuk perjudian Piala Dunia, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan yang akhirnya menyebabkan kecacatan dalam pemerintahan negara.
Seperti sebelum ini, saya juga menyokong pemberian kondom percuma kepada remaja-remaja yang mahu mempraktikkan cara-cara menghasilkan zuriat, sebagai sumber pembelajaran dan sumber rujukan supaya gejala pembuangan bayi dapat dielakkan. Ini kerana sekiranya kondom tidak disediakan, perlakuan seks secara bebas pasti tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan jabatan agama.

Oleh demikian, dicadangkan juga dengan pemberian kondom tersebut, pakej seterusnya ialah menawarkan bilik hotel dengan kadar separuh bayaran, supaya gejala ini tidak berlaku di taman-taman bunga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan. Jika bilik hotel ini tidak disediakan, pasti taman bunga, rumah terbengkalai, panggung wayang, tangga-tangga apartment menjadi sarang melepaskan maksiat.
Justeru itu saya juga ingin mencadangkan agar lesen pelacuran juga diperkenalkan kerana aktiviti sosial seumpama ini tidak lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Contohnya yang berlaku di lorong Haji Taib, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut. Daripada membiarkan gejala ini berlaku secara haram, adalah lebih baik kerajaan menawarkan lesen pelacuran dengan cukai yang tinggi, lantas langkah anjakkan paradigma ini memberi pulangan terhadap kantung kewangan negara.

Pengeluaran lesen pelacuran halal ini juga akan membuka ruang kepada pelancung dari negara china untuk berkerjaya dengan lebih profesional kerana selama ini mereka kerap mengambil kesempatan di atas kapasiti pas lawatan sementara. Dengan kebenaran ini, ia memberi ruang kepada warga tempatan yang melalui kesempitan hidup agar mencuba nasib sebagai pelacur berlesen. Tidak kurang juga kekosongan jawatan sebagai bapak ayam berlesen.

Pihak kerajaan 1Malaysia memang prihatin keperluan semasa kerana Islam 1Malaysia itu adalah Islam yang mengikuti peredaran zaman. Kita sebagai rakyat yang bijak tidak harus hanya tahu memberi kritikan lantang semata-mata. Tanpa kerajaan 1Malaysia, sudah pasti negara ini kucar-kacir dan berada di dalam kegelapan zaman. Kita akan ketinggalan arus sekiranya tidak menyokong kerajaan 1Malaysia kerana tanpa 1Malaysia, maka tiadalah jalan raya, tiadalah hospital, tiadalah sekolah, tiadalah empangan, tiadalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, tiadalah pili air, tiadalah menara berkembar, tiadalah pusat judi 4 nombor ekor, tiadalah proton sagat, tiadalah litar F1, tiadalah masjid kristal berupa vincent tan, tiadalah macam-macam lagi dan mungkin juga, tiadalah agama...

Revolusi ini menuntut setiap nafas yang dihirup itu dibayar dengan keazaman menegakkan keadilan !!

Edyesdotcom - 6 Mei 2010 - 10.41pm

sumber:
Kerajaan Timbang Beri Lesen Pertaruhan Untuk Piala Dunia

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.
Awang Adek berkata jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.
Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.
Awang Adek berkata kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.
Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.
"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

-- BERNAMA


AH: hahaha...ayat-ayat ni memang sebijik lam pemikiran aku..tu je mentaliti seorang pemimpin. Secara tulus suci teringin aku nak sampaikan pada saluran-saluran otai lagi veteran kat kampung aku. tapi apakan daya jawapan yang selalu aku dapat balik ialah..ahh tu depa punya pasai la janji kita api ayaq makan pakai buleh hidup..bersyukurla sikit.

Wahai pemimpin2 UMNO...aku hari ni berdoa supaya Allah memberikan kekuatan iman dan aqidah untuk berjuang menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan istiqamah hingga ke akhir hayat, menghalang segala tipudaya KAMU. ..Dengan itu jugak aku mintak supaya KAMU insaf dan bertaubat kerana selama ini telah mendoktrinkan mukminin dan mukminat kampung aku seolah2 menganggap KAMU umpama Tuhan yang memberi segala kenikmatan hidup di dunia menghindarkan kesulitan jika menyokong KAMU..mengajar manusia syirik tanpa sedar..JIKA TIDAK, Ketahuilah Siksaan Neraka itu Amat Pedih dan Dahsyat.

Isnin, 4 Januari 2010

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri.




UBAH & BERUBAH

Berubah? Semua orang mahu berubah. Perubahan adalah fitrah dan satu sunnahtullah. Masa juga berubah. Sebentar tadi sudah tentu tak sama seperti sekarang. Untuk apa berubah? Satu sebabnya kerana manusia ini sifatnya tak pernah puas dan buas. Bercakap kepada batang tubuh kita tentang kebaikan seperti bagus sangatlah kita ini. Habis, siapa lagi yang patut berkata dan berbicara? Penceramah, ustaz dan tok guru dah peringkat kejang dan kancing gigi bersyarah pada kita. Hasilnya kita tetap bodoh dan buat selamba tiung tak nak berubah. Hari ini aku mesti bercakap dengan diri sendiri.

Berubah untuk menjadi baik daripada sediada.

Hari ini, marilah wahai aku berikan sedikit makna tentang sesuatu yang baik itu. Ramai orang mahu yang baik-baik. Benda, situasi, perasaan dan impian. Biar perkara itu ditutur dalam oleh mamat selatan Uganda, jiran kartunis Denmark atau Encik Mohsen di Semenyih, sudah pastinya ada tafsiran berbeza tentang takrif kebaikan itu.

Perasan atau tidak, hidup kita sentiasa berlegar di sekitar benchmark; dengan ukuran dan unit tertentu bagi memudahkan manusia mengambarkannya berdasarkan konteks yang digunapakai. Selalu disebut orang jahat macam setan dan baik macam malaikat.

Jadi kebaikan sebenarnya ada piawaian yang diiktiraf baik oleh Allah SWT. Baik pada kata manusia adalah sesuatu yang rapuh. Tiada jaminan untuk mendapat ganjaran dan balasan melaksanakannya. Baik untuk manusia hanya untuk kepentingan diri sahaja. Sesuatu yang baik disisi Tuhan adalah jalan dan usaha yang diiktiraf sepenuhnya. Pilihan yang manusia ada sebenarnnya hanya 1, satu jalan yang lurus.

Menjadi baik pada pandangan manusia atau Tuhan?

Pengalaman melalui zaman-zaman jahili memberi warna gelap pada satu-satu sudut dalam diri kita. Siapapun ada titik hitam noda dan dosa. Skalanya berbagai yang kadangkala mempengaruhi sikap. Disebabkan dosalah kita menjadi takut untuk mati kerana begitu sayang dan terpesona dengan segala nikmat dunia. Akibat yang paling malang apabila masa yang kita ada cuma berlegar disekeliling diri dan nepotism terdekat. Lalu dimana peranan yang Allah minta kita menjadi khalifah? Mengajak manusia kepada kebenaran dengan kesabaran?

Ada sesiapa yang cukup baik hingga merasakan sudah sampai masa untuk berada di titik dan puncak yang statik? Atau ada yang menganggap diri sudah cukup baik untuk memberi tarbiah untuk orang lain? Pilihan yang ada, dengarlah walaupun ia remeh dan membosankan.

Berubah untuk menjadi lebih baik bukan sekadar iras-iras slogan pilihanraya apatahlagi menganggap ia sebagai mentaliti remeh darjah tiga. Ia mungkin boleh di tulis perkataannya besar2 supaya mampu dilihat sejauh jarak tiga belas kilometer dari pintu pagar rumah kita, tetapi untuk kita melakukan perubahan itu sebenarnya paling sukar.

Moga perubahan yang kita maksudkan lebih awal berlaku sebelum berubahnya jasad ketika menjawab persoalan2 semasa hidup dari dalam tanah!

SATU MANIFESTASI


HIDUP - Tiada apa yang remeh lagi percuma. Sang Pejuang - Masanya terbatas bertemankan sabar dan tabah. Lorongnya ikhlas jalannya pengorbanan dan destinasinya - REDHA ILAHI. Ada ketika menang dan kerapkali kecundang. Jatuh dan bangun semula walau sehina mana. Tiada jalan pintas, jalan mudah - rasuah jangan dicuba. Bersendiri dan menangislah atas kezaliman diri. Air mata sesal lebih bernilai dari rasa sombong.

Sebelum "ESOK" kena belasah...JOM ! - Aku, Kau & Kita sama-sama - BERUBAH !
Berdoa. Teguhkan aqidah, istiqamah dan tawakkal.
Moga waktu ini lebih baik dari sebentar tadi.