Sayyidina Ali R.A:

" Manusia sebenarnya sedang nyenyak tidur, sehinggalah mati barulah ia terjaga dan sedar bahawa banyak kewajipan telah terabai."

Selasa, 5 Mei 2009

MASJID.
Ada Sesuatu 1

Seringkali kita ternampak atau tengok ada manusia-manusia yang tak pernah miss solat berjamaah. (Pada aku kalau di surau tu peringkat DUN dan Masjid peringkat Parlimen). Waktu terserempak tu kita mungkin nak ke kedai beli barang ke, On the way pegi meeting ke, ataupun mungkin saja-saja dok meronda kawasan. Tak kira apa keadaan sekalipun (kecuali yang darurat) dekat masuk waktu ja, manusia-manusia ini akan tinggalkan apa yang ada dan bersiap menuju ke tempat berjamaah. Aku tak pikir itu soal riak, yang aku nampak ini soal menegakkan syiar. Itu soal kekuatan iman dan jiwa menyahut seruan ILahi !

Kita ada kemampuan untuk istiqamah ? Berapa lama ?

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah. Ini soal serius. Soal manusia pandang dunia hebat sungguh sampai kita buat bodoh je bila azan berkumandang !

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu
kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang
yang boleh memimpinnya pergi ke masjid.
Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi
kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya.
Pada mulanya Baginda telah membenarkannya,
tetapi kemudiannya Baginda menarik balik
kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa
si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat
yang dikumandangkan di masjid.

Dekat masuk waktu ade je program TV la, pasar malam la, orang datang rumah...mengantoikan keadaan..iman? Nipis ? Tebal lagi apam balik.

Pernah seseorang berkata - JIKA HOSPITAL ITU TEMPAT KITA MENDAPATKAN RAWATAN FIZIKAL, MASJID PULA ADALAH HOSPITAL YANG MERAWAT IMAN & JIWA KITA.

dan juga pesan seseorang - ...dalam membezakan kesungguhan para pejuang dan orang awam,
Solat jemaahlah yang menjadi garis sempadannya. Itulah BUDAYA mereka apatah lagi bagi yang terlibat dalam gerakan Islam.

Mari kita cabar iman kita...barang 40 hari la katakan.
Tak kisahla kita tinggal kat mana..kat metropolitan atau pendalaman, siapa kita..orang besar atau orang kasar. Bermacam rutin harian yang kita cipta sendiri dan boleh kita ikut dan banyak benda lain yang mampu kita boleh bagi komitmen yang jitu, Hari-hari kita pi keja, balik keja, cukup bulan bayar hutang rumah, kereta dan memacam sikit punya disiplin on time.. kalau tak disiplin bos marah, bank marah, manusia marah. Tau kita takut.

JOM Pi Masjid!

Jadi kaki masjid la pulak. Sampai jiwa kita lebih takut dan utamakan panggilan Ilahi daripada kesombongan manusia dan perli sindir syaitan ! Ada bran..??

Apapun kemudahan yang kita ada, selalunya kita ada banyak
alasan dan terus membuat alasan...




...dan akhirnya langkah kita yang akan menjawab persoalan di SANA tentang ke mana tempat yang senang kita tuju!

2 ulasan:

  1. Salam..

    Hakikat penyakit riak :

    Assalamualaikum w.b.t

    Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6

    Maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.

    Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini anda dapat mengambil iktibar dan cuba mengenal pasti adakah riak itu pernah ada dalam diri anda dan ikuti panduan yang kami berikan untuk membuang terus ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati anda tersebut.

    Pengertian riak

    Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

    Perkara yang diriakkan oleh manusia;

    1- Riak dari segi badan

    Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

    2- Riak pada pakaian

    Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

    3- Riak dengan perkataan.

    Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

    4- Riak pada amalan

    Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

    5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.

    Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

    Peringkat Riak

    1- Riak Akbar: Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

    2- Riak Asghar: Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

    3- Riak Jali:( yang terang )Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

    4- Riak Khafi:( yang tersembunyi )Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

    Bagaimana mengelakkan sifat riak?

    Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yang boleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;

    1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.

    2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

    3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

    Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

    1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

    2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

    3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

    4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.

    5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

    Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baikdan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya.

    Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

    Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Wallahua’lam

    BalasPadam
  2. salam taminsari...

    Syukran atas tambahan tazkirah. Memang penyakit riak dan ujub sukar nak didelete
    dalam diri. Kekadang kita dah niat untuk ikhlas dari mula perbuatan kita, tapi bisikan syaitan menyelinap masuk di pertengahan.

    Bagi saya amalan fardhu wajib kita syiarkan tak kira apa walau orang kata kita riak..cuma amalan sunat saja yang perlu kita berhati-hati melaksanakannya.

    syukran skali lagi tuan, moga ada manafaat untuk kita.Itulah perjuangan.. walaupun kelihatan remeh.

    BalasPadam

SATU MANIFESTASI


HIDUP - Tiada apa yang remeh lagi percuma. Sang Pejuang - Masanya terbatas bertemankan sabar dan tabah. Lorongnya ikhlas jalannya pengorbanan dan destinasinya - REDHA ILAHI. Ada ketika menang dan kerapkali kecundang. Jatuh dan bangun semula walau sehina mana. Tiada jalan pintas, jalan mudah - rasuah jangan dicuba. Bersendiri dan menangislah atas kezaliman diri. Air mata sesal lebih bernilai dari rasa sombong.

Sebelum "ESOK" kena belasah...JOM ! - Aku, Kau & Kita sama-sama - BERUBAH !
Berdoa. Teguhkan aqidah, istiqamah dan tawakkal.
Moga waktu ini lebih baik dari sebentar tadi.