SALAM RAMADHAN 1430H
Ramadhanpun datang lagi. Rutin tahunan yang sama. Sekolah tarbiyyah jiwa dan iman ini mendatangi dan kitapun memasukinya secara syukur gembira, resah kecewa atau sinis terbuka - terpulang pada tangga iman terakhir yang kita duduki. Kerana Ramadhan ini adalah masa yang mahu tidak mahu ia akan memintas kita.
Khaliq sentiasa memberi masa untuk kita biarpun mengeluh tak cukup masa. Masa untuk kita kembali merenung diri sejauh mana kedudukan kita dari garisan fitrah. Sekolah Ramadhan ini adalah ruang dan peluang untuk mencari diri disebalik rencam dunia yang kita singgah ini.
Aku membencinya secara verbal. Tapi Benci syaitan perlu kepada ilmu dan kena belajar sepertimana urusan duniawi. Tidak semudah yang diucap...
11 bulan masanya dunia terus berputar dan berlegar tanpa khianat. Manusia ( termasuk diri aku sendiri ) adakalanya tersasar dan tersesat dari jalan asal. Ada yang telah khianat dan melampau secara sedar atau tidak. Ya, begitu banyak ujian dan cabaran dalaman dan luaran yang mendatang. Ada yang menang ada yang kecundang.
Ramadhan yang 1 bulan ini sesungguhnya kurniaan dengan ganjaran yang maha hebat. Betapa Dia masih memberi ruang dan peluang untuk kita.
Konsistensi harus berterusan, jangan awal saja bersemangat tapi untuk hari kesekian hingga ke akhir semakin mandom.
Untuk aku, bertaubat dan berubahlah. Masa semakin suntuk. Adakah Ramadhan ini sebagai peluang terakhir sebelum panggilan terakhir akan tiba?

wahai aku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan