Sayyidina Ali R.A:

" Manusia sebenarnya sedang nyenyak tidur, sehinggalah mati barulah ia terjaga dan sedar bahawa banyak kewajipan telah terabai."

Selasa, 24 Julai 2012

Kesekian kalinya aku menulis lagi. Bukan tahap prolifik. sekadar berkongsi rentetan dan cebisan pengalaman hidup ya..adakalanya untuk dikenang, ada juga dibiar berlalu. Bukan kerana tiada nilai komersil, egoistik atau riakisme dan ujubisme. Tapi biarlah ianya ada manafaat, sekurang2nya ada.

MAHU KE TAK ?

1.0
Kenapa kita jarang dan Liat solat jemaah- khusus untuk lelaki? Kita tahu tuntutannya hampir peringkat wajib. Kita sedar kepentingannya sebab dalamTVpun ada selingan fadhilat lepas azan. Karutlah siapa yang kata tak tengok TV zaman kabel gentian optik ni. Apalagi yang mengaku Islam dan terang2 ada tertulis dalam kad pengenalan.
Mari tengok alasan2 klise kita:
1. Surau/Masjid jauh dari rumah
2. Takde transport
3. Letih balik kerja
4. Segan jiran/kawan kata kita alim
5. Pakaian kotor
6. Aktiviti padat, nak kejar masa.

Betul, semua orang ada alasan yang bermacam, dari kategori lurus bendul sampai ke asyik nak ngelat. Sebab tu solat tu berat bagi orang yang ada masalah dalam jiwa. Cukup kita analisakan saja alasan2 yang ada itu dan bandingan kepentingan Tuhan dan hidup kita. Macamlah kita ada girlfriend yang selalu kita puja dan puji terkenang selalu, deminya apa saja kita sanggup.
Tapi, apa2 saja hak Tuhan kita selalu tak sepenuh hati. Berpilih-pilih mana yang kita suka, apalagi waktu terdesak.
Mari kita letak Tuhan-Allah SWT dan RasulNya di tempat yang sewarasnya.

Mahu ke tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SATU MANIFESTASI


HIDUP - Tiada apa yang remeh lagi percuma. Sang Pejuang - Masanya terbatas bertemankan sabar dan tabah. Lorongnya ikhlas jalannya pengorbanan dan destinasinya - REDHA ILAHI. Ada ketika menang dan kerapkali kecundang. Jatuh dan bangun semula walau sehina mana. Tiada jalan pintas, jalan mudah - rasuah jangan dicuba. Bersendiri dan menangislah atas kezaliman diri. Air mata sesal lebih bernilai dari rasa sombong.

Sebelum "ESOK" kena belasah...JOM ! - Aku, Kau & Kita sama-sama - BERUBAH !
Berdoa. Teguhkan aqidah, istiqamah dan tawakkal.
Moga waktu ini lebih baik dari sebentar tadi.