Sayyidina Ali R.A:

" Manusia sebenarnya sedang nyenyak tidur, sehinggalah mati barulah ia terjaga dan sedar bahawa banyak kewajipan telah terabai."

Isnin, 4 Januari 2010

Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri.




UBAH & BERUBAH

Berubah? Semua orang mahu berubah. Perubahan adalah fitrah dan satu sunnahtullah. Masa juga berubah. Sebentar tadi sudah tentu tak sama seperti sekarang. Untuk apa berubah? Satu sebabnya kerana manusia ini sifatnya tak pernah puas dan buas. Bercakap kepada batang tubuh kita tentang kebaikan seperti bagus sangatlah kita ini. Habis, siapa lagi yang patut berkata dan berbicara? Penceramah, ustaz dan tok guru dah peringkat kejang dan kancing gigi bersyarah pada kita. Hasilnya kita tetap bodoh dan buat selamba tiung tak nak berubah. Hari ini aku mesti bercakap dengan diri sendiri.

Berubah untuk menjadi baik daripada sediada.

Hari ini, marilah wahai aku berikan sedikit makna tentang sesuatu yang baik itu. Ramai orang mahu yang baik-baik. Benda, situasi, perasaan dan impian. Biar perkara itu ditutur dalam oleh mamat selatan Uganda, jiran kartunis Denmark atau Encik Mohsen di Semenyih, sudah pastinya ada tafsiran berbeza tentang takrif kebaikan itu.

Perasan atau tidak, hidup kita sentiasa berlegar di sekitar benchmark; dengan ukuran dan unit tertentu bagi memudahkan manusia mengambarkannya berdasarkan konteks yang digunapakai. Selalu disebut orang jahat macam setan dan baik macam malaikat.

Jadi kebaikan sebenarnya ada piawaian yang diiktiraf baik oleh Allah SWT. Baik pada kata manusia adalah sesuatu yang rapuh. Tiada jaminan untuk mendapat ganjaran dan balasan melaksanakannya. Baik untuk manusia hanya untuk kepentingan diri sahaja. Sesuatu yang baik disisi Tuhan adalah jalan dan usaha yang diiktiraf sepenuhnya. Pilihan yang manusia ada sebenarnnya hanya 1, satu jalan yang lurus.

Menjadi baik pada pandangan manusia atau Tuhan?

Pengalaman melalui zaman-zaman jahili memberi warna gelap pada satu-satu sudut dalam diri kita. Siapapun ada titik hitam noda dan dosa. Skalanya berbagai yang kadangkala mempengaruhi sikap. Disebabkan dosalah kita menjadi takut untuk mati kerana begitu sayang dan terpesona dengan segala nikmat dunia. Akibat yang paling malang apabila masa yang kita ada cuma berlegar disekeliling diri dan nepotism terdekat. Lalu dimana peranan yang Allah minta kita menjadi khalifah? Mengajak manusia kepada kebenaran dengan kesabaran?

Ada sesiapa yang cukup baik hingga merasakan sudah sampai masa untuk berada di titik dan puncak yang statik? Atau ada yang menganggap diri sudah cukup baik untuk memberi tarbiah untuk orang lain? Pilihan yang ada, dengarlah walaupun ia remeh dan membosankan.

Berubah untuk menjadi lebih baik bukan sekadar iras-iras slogan pilihanraya apatahlagi menganggap ia sebagai mentaliti remeh darjah tiga. Ia mungkin boleh di tulis perkataannya besar2 supaya mampu dilihat sejauh jarak tiga belas kilometer dari pintu pagar rumah kita, tetapi untuk kita melakukan perubahan itu sebenarnya paling sukar.

Moga perubahan yang kita maksudkan lebih awal berlaku sebelum berubahnya jasad ketika menjawab persoalan2 semasa hidup dari dalam tanah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SATU MANIFESTASI


HIDUP - Tiada apa yang remeh lagi percuma. Sang Pejuang - Masanya terbatas bertemankan sabar dan tabah. Lorongnya ikhlas jalannya pengorbanan dan destinasinya - REDHA ILAHI. Ada ketika menang dan kerapkali kecundang. Jatuh dan bangun semula walau sehina mana. Tiada jalan pintas, jalan mudah - rasuah jangan dicuba. Bersendiri dan menangislah atas kezaliman diri. Air mata sesal lebih bernilai dari rasa sombong.

Sebelum "ESOK" kena belasah...JOM ! - Aku, Kau & Kita sama-sama - BERUBAH !
Berdoa. Teguhkan aqidah, istiqamah dan tawakkal.
Moga waktu ini lebih baik dari sebentar tadi.