Sayyidina Ali R.A:

" Manusia sebenarnya sedang nyenyak tidur, sehinggalah mati barulah ia terjaga dan sedar bahawa banyak kewajipan telah terabai."

Rabu, 10 Jun 2009



Masjid dan Syahid

sumber : Utusan Malaysia


SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Satu pembunuhan kejam ke atas 11 jemaah ketika solat isyak telah berlaku di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng. ‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas. ‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.
Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah. ‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.

Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.

Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.

amialhadid - jalan perjuangan penuh ranjau. Taqdir syahid ada di mana-mana. Tetapi kezaliman tak dapat ditutup dengan berdiam diri. Apabila kebenaran tak dapat disangkal, fitnahpun berterbangan.

Jumaat, 29 Mei 2009

Ciri Orang Yang Ikhlas

Orang-orang yang ikhlas memiliki ciri yang boleh dilihat, diantaranya:


1. Senantiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, baik dalam keadaan sendiri atau bersama orang ramai, baik ada pujian ataupun celaan.


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Orang yang riya memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin bergairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”


Perjalanan waktulah yang akan menentukan seorang itu ikhlas atau tidak dalam beramal. Dengan melalui berbagai macam ujian dan dugaan, baik yang suka ataupun duka, seorang akan terlihat kualiti keikhlasannya dalam beribadah, berdakwah, dan berjihad.


Al-Qur’an telah menjelaskan sifat orang-orang beriman yang ikhlas dan sifat orang-orang munafik, membuka kedok dan kebusukan orang-orang munafik dengan berbagai macam cirinya. Di antaranya disebutkan dalam surat At-Taubah ayat 44-45:


“ Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya.”


2. Terjaga dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia atau jauh dari mereka. Disebutkan dalam hadis,


“Aku diberitahu bahawa ada suatu kaum dari umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang beterbangan. Mereka adalah saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang jika bersendirian melanggar apa yang diharamkan Allah.” (HR Ibnu Majah)


Tujuan yang hendak dicapai orang yang ikhlas adalah keredhaan Allah, bukan redha manusia. Sehingga, mereka senantiasa memperbaiki diri dan terus beramal, baik sewaktu bersendiri atau ramai, dilihat orang atau tidak, mendapat pujian atau celaan. Mereka yakin Allah Maha melihat setiap amal baik dan buruk biar sekecil manapun.


3. Dalam dakwah, akan terlihat bahawa seorang daie yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan terealisasi di tangan saudaranya sesama daie, sebagaimana dia juga merasa senang jika terlaksana oleh tangannya.


Para daie yang ikhlas akan menyedari kelemahan dan kekurangannya. Oleh karena itu mereka senantiasa membangun amal jama’i dalam dakwahnya. Senantiasa menghidupkan syura dan mengukuhkan peranan dan sistem dakwah. Berdakwah untuk kemuliaan Islam dan umat Islam, bukan untuk meraih populariti dan membesarkan diri atau organisasinya semata-mata.

Selasa, 26 Mei 2009

7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

petikan: CINA ISLAM

Isnin, 25 Mei 2009

APA ADA PADA SEMUT ?



Apabila Semut Mampu Menghidu Aroma Kematian...


petikan: www.kompas.com


Sebagai makhluk sosial, semut sangat peka terhadap lingkungannya, seperti menemui dan mengesan salah satu anggota koloninya yang mati. Jika ada salah seekor semut yang mati, semut-semut lainnya akan segera menyingkirkannya atau disebut proses nekroporesis.Cara tersebut bermanfaat bagi populasinya kerana dapat menghindarkan penyebaran jangkitan penyakit. Apa yang pasti, semut yang mati akan dapat segera dikenali.

Ketika di alam fana, kita pijak dan perkecilkan hamba Allah ini.
Si kecil ini juga bakal menyaksikan nasib kita nanti di alam barzakh..
Sudah tentu bukan dengan cara mengukur denyut nadinya. Sebelum ini terdapat teori yang mengatakan bahwa semut yang mati akan mengeluarkan zat kimia akibat proses pembusukan. Kajian terkini, yang dilakukan entomologis (pakar serangga) di Argentina mendapati bahawa semua jenis semut mempunyai zat kimia "kematian", ketika masih hidup ataupun sudah mati. Ringkasnya semut hidup memiliki zat kimia "kehidupan"dan apabila semut tersebut mati, zat kimia kehidupan terus berkurang sehingga meninggalkan zat kimia kematian saja.
"Oleh karena semut mati tidak lagi berbau seperti semut hidup maka ia akan segera dikirim ke 'kuburannya', bukan kerana tubuhnya mengeluarkan zat kimia baru," ujar Dong-Hwan Choe, dari Universiti California di Riverside, AS. Hasil analisisnya dijelaskan terperinci dalam The Proceedings of the National Academy of Sciences.

Ketaatan manusia tak mampu mengatasi istiqamah makhluk Tuhan yang lain

Ahad, 24 Mei 2009

PELAJARAN DARI BELAKANG

Aku bengang setiap kali pinggan dan cawan bersentuhan di dapur, dia sering bersuara di belakang rumah mengharap belas ehsan. Sering aku herdik dan tak kurang juga aku curahkan sekole air sinki agar dia cepat-cepat pergi. Bukan aku tak suka kehadirannya, kerana ada juga sekali sekala aku menyantuni sebagaimana haknya. Memberi apa-apa saja yang layak menjadi pengalas perutnya tak kira waktu-baik subuh atau dinihari !

Kadangkala sehingga mengganggu waktu-waktu senjangku, apa lagi yang kau mahu? Tak mungkin aku akan melayanimu sebagai tetamu terhormat kerana kau tidak aku jemput cuma tingkap kaca dapur rumahku sahaja sering kau suakan rupa sambil merengek, kau kenapa tidak ke rumah-rumah tetangga yang lain?

Apakah kau membawaku sesuatu? Mungkin sebuah peringatan. Mungkin selama ini aku bakhil dan jarang memberi dan kerap saja meminta dan menerima. Aku pandang sebelah mata pada yang meminta. Memberi pula pasal aku terpaksa, ya terpaksa kerana tidak mahu dipandang kikir.

Walau aku tak suka, dia tetap setia minta didengar cerita dan rengekan yang aku tak faham tapi rasanya aku mengerti.

Semacam semut, nyamuk hatta kutu babi sekalipun, tak berguna kehadirannya pada pandangan sesetengah manusia. Bila fikir sejenak - Tak ada berlaku sesuatu peristiwa kerana saja-saja. Tak ada apa tertulis dalam hidup inincuma sia-sia.

Mungkin jarangnya aku memberi pada manusia, sehingga bukan manusia pula dihantar kepada aku untuk meminta !

...Apakah kesabaran itu ada tarikh luputnya ? Kerana kesabaranlah memberi pelajaran yang berguna untuk manusia dan makhluk bernyawa.

Selasa, 5 Mei 2009

MASJID.
Ada Sesuatu 1

Seringkali kita ternampak atau tengok ada manusia-manusia yang tak pernah miss solat berjamaah. (Pada aku kalau di surau tu peringkat DUN dan Masjid peringkat Parlimen). Waktu terserempak tu kita mungkin nak ke kedai beli barang ke, On the way pegi meeting ke, ataupun mungkin saja-saja dok meronda kawasan. Tak kira apa keadaan sekalipun (kecuali yang darurat) dekat masuk waktu ja, manusia-manusia ini akan tinggalkan apa yang ada dan bersiap menuju ke tempat berjamaah. Aku tak pikir itu soal riak, yang aku nampak ini soal menegakkan syiar. Itu soal kekuatan iman dan jiwa menyahut seruan ILahi !

Kita ada kemampuan untuk istiqamah ? Berapa lama ?

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah. Ini soal serius. Soal manusia pandang dunia hebat sungguh sampai kita buat bodoh je bila azan berkumandang !

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu
kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang
yang boleh memimpinnya pergi ke masjid.
Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi
kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya.
Pada mulanya Baginda telah membenarkannya,
tetapi kemudiannya Baginda menarik balik
kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa
si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat
yang dikumandangkan di masjid.

Dekat masuk waktu ade je program TV la, pasar malam la, orang datang rumah...mengantoikan keadaan..iman? Nipis ? Tebal lagi apam balik.

Pernah seseorang berkata - JIKA HOSPITAL ITU TEMPAT KITA MENDAPATKAN RAWATAN FIZIKAL, MASJID PULA ADALAH HOSPITAL YANG MERAWAT IMAN & JIWA KITA.

dan juga pesan seseorang - ...dalam membezakan kesungguhan para pejuang dan orang awam,
Solat jemaahlah yang menjadi garis sempadannya. Itulah BUDAYA mereka apatah lagi bagi yang terlibat dalam gerakan Islam.

Mari kita cabar iman kita...barang 40 hari la katakan.
Tak kisahla kita tinggal kat mana..kat metropolitan atau pendalaman, siapa kita..orang besar atau orang kasar. Bermacam rutin harian yang kita cipta sendiri dan boleh kita ikut dan banyak benda lain yang mampu kita boleh bagi komitmen yang jitu, Hari-hari kita pi keja, balik keja, cukup bulan bayar hutang rumah, kereta dan memacam sikit punya disiplin on time.. kalau tak disiplin bos marah, bank marah, manusia marah. Tau kita takut.

JOM Pi Masjid!

Jadi kaki masjid la pulak. Sampai jiwa kita lebih takut dan utamakan panggilan Ilahi daripada kesombongan manusia dan perli sindir syaitan ! Ada bran..??

Apapun kemudahan yang kita ada, selalunya kita ada banyak
alasan dan terus membuat alasan...




...dan akhirnya langkah kita yang akan menjawab persoalan di SANA tentang ke mana tempat yang senang kita tuju!

Khamis, 23 April 2009




PALM JUMEIRAH di Dubai...
Sebijik banglo harga dia US$48 million. Kalau hangpa nak beli, minta mahap pasai dah sold out! Tu pun 3 hari ja depa launch.Memang rugi tak beli, pasai jiran-jiran yang dok situ...antaranya..depa la kata...

David Beckham, Michael Jackson, Bill Gates, Whitney Houston, Nicholas Cage, Steven Spielberg, Roger Moore, Clint Eastwood, Sultan Najori Hamten Kerabat Raja Saudi, Bill Clinton, Pete Sampras, Michael Jordan, Tina Turner, Will Smith, Beth Midler, Jet-Li, Patrick Ewing, Robin Williams, Damon Sunderland, Don King, Phil Jackson, Shania Twain, George Bush, Oscar DelaHoya, Axel Rose, Demi Moore & Bruce Willis, Rony Notada, dan ramai lagi la..
MELAMPAU NAK MAMPUS TOK ARAB NIH !
salah aku la tak pi mintak...pinjam..eh halalkan barang tiga pat ratus juta rial..




SATU MANIFESTASI


HIDUP - Tiada apa yang remeh lagi percuma. Sang Pejuang - Masanya terbatas bertemankan sabar dan tabah. Lorongnya ikhlas jalannya pengorbanan dan destinasinya - REDHA ILAHI. Ada ketika menang dan kerapkali kecundang. Jatuh dan bangun semula walau sehina mana. Tiada jalan pintas, jalan mudah - rasuah jangan dicuba. Bersendiri dan menangislah atas kezaliman diri. Air mata sesal lebih bernilai dari rasa sombong.

Sebelum "ESOK" kena belasah...JOM ! - Aku, Kau & Kita sama-sama - BERUBAH !
Berdoa. Teguhkan aqidah, istiqamah dan tawakkal.
Moga waktu ini lebih baik dari sebentar tadi.