Sayyidina Ali R.A:

" Manusia sebenarnya sedang nyenyak tidur, sehinggalah mati barulah ia terjaga dan sedar bahawa banyak kewajipan telah terabai."

Memaparkan catatan dengan label berubahlah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berubahlah. Papar semua catatan

Selasa, 5 Mei 2009

MASJID.
Ada Sesuatu 1

Seringkali kita ternampak atau tengok ada manusia-manusia yang tak pernah miss solat berjamaah. (Pada aku kalau di surau tu peringkat DUN dan Masjid peringkat Parlimen). Waktu terserempak tu kita mungkin nak ke kedai beli barang ke, On the way pegi meeting ke, ataupun mungkin saja-saja dok meronda kawasan. Tak kira apa keadaan sekalipun (kecuali yang darurat) dekat masuk waktu ja, manusia-manusia ini akan tinggalkan apa yang ada dan bersiap menuju ke tempat berjamaah. Aku tak pikir itu soal riak, yang aku nampak ini soal menegakkan syiar. Itu soal kekuatan iman dan jiwa menyahut seruan ILahi !

Kita ada kemampuan untuk istiqamah ? Berapa lama ?

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah. Ini soal serius. Soal manusia pandang dunia hebat sungguh sampai kita buat bodoh je bila azan berkumandang !

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu
kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang
yang boleh memimpinnya pergi ke masjid.
Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi
kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya.
Pada mulanya Baginda telah membenarkannya,
tetapi kemudiannya Baginda menarik balik
kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa
si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat
yang dikumandangkan di masjid.

Dekat masuk waktu ade je program TV la, pasar malam la, orang datang rumah...mengantoikan keadaan..iman? Nipis ? Tebal lagi apam balik.

Pernah seseorang berkata - JIKA HOSPITAL ITU TEMPAT KITA MENDAPATKAN RAWATAN FIZIKAL, MASJID PULA ADALAH HOSPITAL YANG MERAWAT IMAN & JIWA KITA.

dan juga pesan seseorang - ...dalam membezakan kesungguhan para pejuang dan orang awam,
Solat jemaahlah yang menjadi garis sempadannya. Itulah BUDAYA mereka apatah lagi bagi yang terlibat dalam gerakan Islam.

Mari kita cabar iman kita...barang 40 hari la katakan.
Tak kisahla kita tinggal kat mana..kat metropolitan atau pendalaman, siapa kita..orang besar atau orang kasar. Bermacam rutin harian yang kita cipta sendiri dan boleh kita ikut dan banyak benda lain yang mampu kita boleh bagi komitmen yang jitu, Hari-hari kita pi keja, balik keja, cukup bulan bayar hutang rumah, kereta dan memacam sikit punya disiplin on time.. kalau tak disiplin bos marah, bank marah, manusia marah. Tau kita takut.

JOM Pi Masjid!

Jadi kaki masjid la pulak. Sampai jiwa kita lebih takut dan utamakan panggilan Ilahi daripada kesombongan manusia dan perli sindir syaitan ! Ada bran..??

Apapun kemudahan yang kita ada, selalunya kita ada banyak
alasan dan terus membuat alasan...




...dan akhirnya langkah kita yang akan menjawab persoalan di SANA tentang ke mana tempat yang senang kita tuju!

SATU MANIFESTASI


HIDUP - Tiada apa yang remeh lagi percuma. Sang Pejuang - Masanya terbatas bertemankan sabar dan tabah. Lorongnya ikhlas jalannya pengorbanan dan destinasinya - REDHA ILAHI. Ada ketika menang dan kerapkali kecundang. Jatuh dan bangun semula walau sehina mana. Tiada jalan pintas, jalan mudah - rasuah jangan dicuba. Bersendiri dan menangislah atas kezaliman diri. Air mata sesal lebih bernilai dari rasa sombong.

Sebelum "ESOK" kena belasah...JOM ! - Aku, Kau & Kita sama-sama - BERUBAH !
Berdoa. Teguhkan aqidah, istiqamah dan tawakkal.
Moga waktu ini lebih baik dari sebentar tadi.